Selfie diketahui ramai kini sudah jadi budaya hampir kebanyakan orang yang menggunakan telefon pintar.
Bagaimanapun, ada orang yang cuba membawa selfie ini ke tahap yang lebih tinggi (dan bahaya) dengan merakamkan video selfie ketika menunggang motosikal di lebuh raya.
Lelaki yang tidak diketahui identiti ini dipercayai melakukan aksi berkenaan kerana bosan menunggang dalam jarak jauh.
Walaupun perbuatan ini nampak kreatif namun ia amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan.
Misalnya, lelaki ini mungkin dilanggar kenderaan yang datang dari arah belakang ataupun dia sendiri mungkin merempuh kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan ketika terlalu leka melihat pada kamera yang dipegang menggunakan monopod.
Kepada anda yang lain, penulis sama sekali tidak menggalakkan anda melakukan perkara sama. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ