Wah ini betul-betul taiko segala ‘Mat Rempit’ ini!
Mana tidaknya, seorang lelaki dari India bertindak berani mati apabila mengabungkan aksi yoga di atas motosikal yang sedang bergerak selaju 60km/hr.
Gugulotu Lachiram, 40 tahun cukup dikenali di daerahnya gara-gara kemampuan melakukan aksi yang dianggap berbahaya tersebut.
Lebih mengejutkan, lelaki ini dikatakan melakukan aksi-aksi tersebut tanpa mengunakan sebarang peralatan keselamatan.
Bijak menimbangi badannya di atas motosikal menyebabkan Gugulotu boleh melakukan pelbagai aksi ala-ala seperti watak adiwira terkenal, Superman.
Jom kita saksikan….
Dia yang begitu mengilai aksi motosikal dan yoga secara tiba-tiba terfikir untuk mengabungkan hobinya menjadi sesuatu yang luar biasa enam tahun lalu.
Bagaimanapun, jangan pula ada yang cuba meniru-niru aksi ini di rumah yer! – MYNEWSHUB.CC
VIDEO: Lelaki Ini Selamba Selfie Sambil Tunggang Motor
Oleh: FARAH