PEMBACA berita, seharusnya sentiasa bersikap profesional ketika bekerja.
Namun sebagai manusia biasa, dah tentu sukar untuk menyembunyikan perasaan apabila orang yang dikenali menjadi salah seorang mangsa korban dalam berita yang dibaca.
Itulah yang berlaku apabila pembaca berita salah satu saluran televisyen Australia, Natalie Barr menangis teresak-esak saat berkongsi dengan penonton tentang dua mangsa korban tebusan di sebuah kafe di Sydney, awal minggu ini.
Ini kerana Natalie  mengenali salah seorang mangsa iaitu Katrina Dawson, seorang peguam dan ibu tiga anak yang juga merupakan kakak kepada salah seorang rakan sekerjanya.
Katrina difahamkan terkorban ketika sedang melindungi salah seorang tebusan yang sedang mengandung daripada terkena tembakan dilepaskan suspek, Man Haron Monis.
Dalam kejadian itu, Katrina dan pengurus kafe Lindt, Tori Johnson disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital bersama-sama suspek yang turut terkorban dalam tragedi berdarah itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Q630SHcnWs8
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ