Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tindakan Ahmad Said Didorong...

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Anggota Dewan...

Pendeposit TH Disaran Tidak...

SHAH ALAM – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan pendeposit Tabung...

5 Kematian, 122 Pulih,...

PUTRAJAYA - Lima kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

2 Aset Brunei Sertai...

KOTA KINABALU - Dua aset Brunei menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam...

VIDEO: Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat

Ternyata status seorang suami dan bapa tidak mampu menyekat perbuatan jahat seorang lelaki daripada mencuri telefon pintar yang dipamerkan di Plaza Metro, Kajang ini.

Menerusi rakaman kamera pengawasan, dia pada mulanya dilihat berlegar-legar bersama isteri dan dua anaknya di dalam kedai tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki yang mendukung anak lelakinya itu mula membelek-belek telefon yang diletakkan di atas meja pameran.

Dengan pantas, dia kemudiannya menarik telefon tersebut dan menyembunyikannya di baju sebelum keluar dari kedai dengan selamba.

Langkahnya itu kemudian dituruti oleh isteri dan seorang lagi anaknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya sedar atau tidak dengan perlakuan si suami atau mereka sememangnya sudah merancangnya bersama-sama.


Apa yang menyedihkan, anak-anak yang tidak tahu apa-apa dipergunakan bagi mengaburi pandangan pekerja kedai.

Kalau beginilah perangai si bapa, tak tahulah kami macam mana dia mendidik anak-anaknya nanti. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=8e-Yz5ZBkUc

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori