Bencana banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara kita secara tidak langsung menyaksikan ribuan netizen menjadi ‘wartawan tak bertauliah’ menerusi maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial.
Bagi kami, walaupun ada sesetengah maklumat yang disampaikan tidak sahih, namun banyak juga yang tepat dan sangat membantu khususnya dalam mengenalpasti lokasi dan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
Tapi, dalam banyak-banyak video laporan berita yang kami tonton, inilah rakaman yang kami kira paling unik.
Tak kisahlah jika anda kata dia kuat berangan, tapi ‘wartawan’ ini kami kira memang cukup berbakat dalam melaporkan kejadian dari lokasi sebenar.
Mungkin pihak TV3 boleh pertimbangkan dia untuk menjadi wartawan selepas ini.
Tak percaya? Jom tonton…! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA
Tv3 amik kerja?? Tv3 buang orang adala adik oiii…tak mampu nak tanggung sorang buat joint venture..tak mampu nak bayar gaji, buang org nak minimize..sekarang semua stesen tv(astro/ntv7)pakai taktik lama jual brg mcm smart shop dulu..semua tu iklan berbayar..
Bak kata robin williams…lawak adalah beria-ia untuk kekal positif.