Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

CEO Baharu Bernama Diumum...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu akan...

Kabinet Buat 2 Keputusan...

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu telah membuat dua keputusan...

Laporan Kronologi Kes Pensyarah...

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang...

Bangkai Lion Air Belum...

JAKARTA - Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung...

Wakil Pemegang Lesen Syarikat Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang wakil pemegang lesen syarikat jual beli saham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan melupuskan 6.2 juta unit saham syarikat pengeluar dan penjual barangan berasaskan getah, APL Industries Berhad, tujuh tahun lepas.

Tiong Kiong Choon, 54, didakwa melupuskan jumlah unit saham itu, yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat milik dua individu, yang tidak boleh didapati secara umum dan mempunyai kesan material terhadap nilai saham itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 26 dan 29 Oktober 2007 mengikut Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda minimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti T.Chelvakumar menawarkan jaminan RM500,000 dengan dua orang penjamin dan memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.


Namun, peguam D.Krishna memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 Januari untuk sebutan kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori