Wanita yang cedera dalam kejadian pembunuhan membabitkan lapan orang kanak-kanak itu kini didakwa atas lapan pertuduhan membunuh hari ini.
Suspek yang berusia 37 tahun itu kini berada di bawah pengawasan polis Cairns di hospital tempat dia menerima rawatan.
Dia didakwa di hadapan seorang Majistret di Hospital Cainrs Base dan pihak polis enggan mendedahkan nama suspek berkenaan.
MENARIK – 8 Beradik Termasuk Bayi Dibunuh Kejam Dalam Rumah Sendiri
Polis juga enggan mendedahkan butiran terperinci kejadian pembunuhan tragik itu melibatkan mangsa berusia antara dua hingga 14 tahun itu, dengan empat daripadanya perempuan dan empat lelaki.
Sebilah pisau turut ditemui di tempat kejadian di sisi mayat mereka tetapi segala kemungkinan masih dalam siasatan polis termasuk perbuatan suspek mungkin melemaskan mangsa.
Menurut Pegawai Penyiasat kes Bruno Aniscar, laporan siasatan dan bedah siasat paling awal dijangka siap hari ini.
Wanita itu sebenarnya merupakan ibu kepada tujuh kanak-kanak berkenaan dan ibu saudara kepada seorang mangsa perempuan.
Kesemua nama mangsa juga tidak didedahkan polis kerana budaya masyarakat asli di Australia.
Bandar Cairns mempunyai populasi lebih 150,000 orang penduduk dengan kebanyakannya merupakan penduduk asli Australia.
Budaya golongan pribumi di negara Australia tidak membenarkan nama mangsa disebut-sebut kerana dianggap tidak menghormati mereka yang meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ