Tokyo – Seorang wanita Jepun yang dikenali sebagai “Boob Goddess” berharap dapat menghasilkan keuntungan lumayan melalui penghasilan satu alat senaman yang didakwa mampu membesarkan payudara wanita.
Takiko Shindo menghasilkan alat yang dipanggil “Oppai Taisou,” atau senaman payudara.
Alat berlenaan dijual pada harga antara $41 dolar dan $54 dolar secara dalam talian.
Ia dikatakan mampu membesarkan payudara wanita kepada tiga sentimeter.
Bagaimanapun seorang pakar bedah kosmetik, Dr Barry Handler berkata, alat tersebut tidak akan menyebabkan payu dara membesar sepenuhnya.
“Ini kerana ligamen dalam tisu payudara sentiasa menegang sepanjang masa tetapi apabila ia menegang, ia tidak akan kembali ke asal kerana ligamen bukannya otot,’’ katanya.
https://www.youtube.com/watch?v=MQMfiOnVeVo