Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nahas 2 Motosikal Bukan...

BUTTERWORTH : Polis menafikan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Perusahaan Sungai Lokan,...

Gorila Jantan 190kg Belasah...

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190...

Kes Dadah Pertama Cemari...

BIRMINGHAM : Hanya dua hari selepas membuka tirai secara rasmi, Sukan Komanwel Birmingham...

Aidil Zafuan Dah Hilang...

NAMPAKNYA 'drama' melibatkan pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan mungkin akan...

Wanita ‘Tokan’ Dadah Ditahan, Harta RM2.7 Juta Disita

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendedahkan, satu sindiket dadah dikepalai wanita warganegara Malaysia berusia lingkungan 30-an berjaya ditumpaskan dan harta wanita terbabit berjumlah RM2.7 juta telah disita.

Wanita tersebut dikatakan memperoleh bekalan syabu dari beberapa sindiket antarabangsa terutama yang didalangi warga Nigeria sekitar Lembah Klang, sejak tahun lalu.

Bekalan tersebut dipercayai diedarkan untuk penagih dalam negara dan di Indonesia.

Memetik kenyataan Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah, polis menahan empat suspek termasuk wanita berkenaan di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa lalu. Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Antara aset milik wanita tersebut yang disita adalah wang tunai, kediaman kondo, barang kemas serta beberapa kenderaan mewah disyaki hasil kegiatan pengedaran dadah.


Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kes tangkapan tahun lalu melibatkan 13 warga Nigeria, tiga dari Afrika, dua dari Thailand dan masing-masing seorang dari India dan Pakistan. – MYNEWSHUB.CC

Penjualan Dadah Secara Terbuka Dipercayai Berlaku Di Sabah

https://www.youtube.com/watch?v=6qURWHu1IIk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori