INDIA – Niat seorang wanita untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat adik beradiknya dengan terjun ke laut , bertukar menjadi cerita lain apabila dia dihanyutkan ke tepi pantai dan kemudiannya dirogol dua nelayan.
Wanita itu dan keluarganya bertindakan demikian dalam cubaan bunuh diri beramai-ramai pada 18 Disember lalu selepas mereka sekeluarga dihalau dari rumah mereka di Puducherry.
Dua daripada adik beradiknya dan ibu mereka meninggal dunia manakala wanita itu bersama dua lagi adik beradiknya dan bapa mereka dihanyutkan arus.
Wanita itu mendakwa dia dirogol ketika tidak sedarkan diri. Dua nelayan berkenaan telah mengaku kepada polis mengenai jenayah itu.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat rakaman CCTV di hotel yang terletak di sekeliling pantai itu.