Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPM Umum Berita Gembira...

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga...

Peserta Felo Perdana Dan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peserta Program Felo...

Masak La Malaysia, Harga...

KEYAKINAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed boleh dikatakan ‘memakan diri’ apabila harga...

Mangsa Banjir Kampung Sungai...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Sungai Tepus di Bandar...

Wanita Warga Australia Didakwa Edar Dadah

SEPANG – Seorang wanita warga Australia hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 1.5kg awal Disember, yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Maria Elvira Pinto Exposto, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 3.40 petang, 7 Dis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maria, ibu kepada empat orang anak kelihatan tenang sepanjang prosiding dan mengangguk faham apabila jurubahasa membacakan pertuduhan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan 23 Jan tahun depan untuk sebutan bagi mendapatkan laporan kimia dan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Maria, memberitahu mahkamah bahawa ketika kejadian, anak guamnya dalam perjalanan ke Melbourne dan transit di KLIA.

Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Hasifulkhair Mohd Jamaluddin mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-zzyB-rfD6w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori