Sayap pemuda NGO politik PERKASA iaitu Wira PERKASA dijadualkan bertemu dengan Dewan Pemuda PAS bagi mencari titik persamaan.
Menurut laporan portal Malaysiakini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mengesahkan pertemuan antara pihaknya dan kumpulan pendesak Melayu tersebut.
Perjumpaan kedua-dua pihak dijangka berlangsung pada petang Rabu bertempat di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.
Walau bagaimanapun, ujar Abang Ahmad Kerdee, pertemuan tersebut hanyalah sebagai kunjungan hormat sayap itu di pejabat mereka.
“Ya, kita menerima surat dari mereka yang mahu membuat kunjungan hormat kepada Dewan Pemuda PAS. Dan kita bersedia menerima kunjungan mereka.”
Ditanya tentang isu-isu spesifik yang bakal dibincangkan dalam perjumpaan tersebut, beliau menjawab, mereka akan berdiskusi berkenaan isu Melayu Islam secara umum.
“Dalam surat itu, mereka menyatakan mahu berbincang tentang isu Melayu Islam, itu sahaja.” – MYNEWSHUB.CC
VIDEO MUKTAMAR PAS KECOH BACAAN DOA MENGUTUK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT