Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pakatan Pembangkang Pengacau PRU14

ALOR SETAR - Pakatan pembangkang merupakan pengacau sebenar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),...

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan...

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum...

Kementerian Kesihatan Nafi Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa tidak berasa bimbang untuk membenarkan...

Kadar Pemberian Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kemajuan memberangsangkan apabila mencatat...

Yakinlah Pada Saya, Jangan Risau PM Di Luar Negara – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat tidak risau dan bimbang dengan keadaan banjir ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara bercuti, kerana beliau kini bertanggungjawab menguruskan bencana itu.

“Ada masanya ketika ini Perdana Menteri menghabiskan masanya sendiri untuk berehat, beliau sudah bekerja kuat dan berilah ruang kepada beliau sebagai manusia biasa.

“Saya kini berada di sini mengendalikan (krisis banjir),” kata Muhyiddin dalam satu sidang media di selepas hadir di majlis jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya hari ini.

MENARIK – Obama Undang PM Bermain Golf, Bincang Hubungan AS – Malaysia

Muhyiddin berkata beliau sudah pun memaklumkan kepada Najib supaya jangan bimbang dan beliau akan melakukan apa yang terbaik bagi membantu mangsa banjir ketika ini.

“Yakinlah pada saya, jangan risau berkenaan Najib di luar negara tetapi fokus apa yang berlaku di dalam negara,” katanya.

Menjawab soalan wartawan berkenaan bila Perdana Menteri akan pulang, Muhyiddin berkata pada peringkat ini perlu lagi bagi beliau untuk segera pulang ke tanah air.

“Saya fikir di peringkat ini tidak perlu lagi, kalaulah saya tak mampu buat kerja saya minta dia balik.


“Saya bagi jaminan kepada Perdana Menteri supaya jangan bimbang dan saya bekerja rapat dengan semua agensi yang terlibat,” kata Muhyiddin.

Isu berkenaan Najib berada di luar negara kecoh hari ini apabila laporan akhar Amerika Syarikat The Washington Post melaporkan Najib dilihat menghabiskan masa bermain golf bersama Presiden negara itu Barrack Obama di kepulauan Hawaii semalam.

Difahamkan sesi golf itu merupakan sesi yang mana Obama mengundang Najib di samping mereka berbincang berkenaan hubungan bilateral kedua-dua negara antara Amerika Syarikat dan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori