Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Terburu-Buru Sertai...

MARANG - PAS tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu...

Majlis Syura Ulama Sokong...

TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengesahkan badan tertinggi pembuat keputusan...

APMM Tahan 2 Bot...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot nelayan Vietnam...

Lion Air: Objek Dipercayai...

JAKARTA - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas...

YotaPhone 2 : Skrin Sentuh Pada Bahagian Hadapan Dan Belakang

Inovasi dalam pembangunan teknologi peranti pintar belakangan ini kebanyakannya dilihat lebih menitik beratkan spesifikasi dan aplikasi sahaja jika dilihat pada model-model terbaru di pasaran.

Jika anda ingin mencari sesuatu yang lebih radikal, jom lihat sebuah peranti pintar buatan Rusia ini yang memaparkan dua variasi skrin sesentuh pertama di dunia.

Dinamakan Yotaphone, ia merupakan peranti dwi-skrin yang hadir dengan skrin sentuh pada bahagian hadapan dan juga belakang.

YotaPhone 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada bahagian hadapan dengan resolusi 1920×1080 pixel.

Skrin belakang yang sentiasa menyala berasaskan E-Paper pula membawakan saiz 4.7-inci dengan resolusi 960×540 pixel.

Dari segi spesifikasi lain, peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel.

Ia turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan bateri berkapasiti 2500mAh.


Beberapa fungsi baru yang turut hadir adalah sokongan Smart Power Mode yang membolehkan pengguna mematikan skrin utama mereka, dan menggunakan skrin kedua (berwarna kelabu) untuk fungsi seperti menjawab panggilan dan sebagainya.

YotaPhone2 turut dilengkapi dengan sokongan untuk membaca buku, dan melihat beberapa informasi pada skrin belakang, selain boleh menetapkan gambar kegemaran.

Yota mengatakan ia menawarkan bateri sehingga 50 jam ketika digunakan dalam mod bacaan pada skrin keduanya.

YotaPhone generasi asal telah dilancarkan beberapa minggu yang lepas di Malaysia, dan  YotaPhone generasi kedua ini dijangka akan memasuki pasaran Asia pada suku pertama 2015 kelak.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori