Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

23 GRO Rakyat Asing...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 23 wanita pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing ditahan dalam...

Beri Peluang Kepada Sharnaaz...

PROGRAM Gempak Superstar yang memulakan siarannya Ahad lalu di saluran Astro merupakan sebuah...

Tan Cheng Ho Sahkan...

ALOR SETAR - Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe hari ini mengesahkan telah menyerahkan...

JBPM Bina Semula 62...

KULIM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membina sebanyak 62...

Yudhistira Terpantas Hari Pertama Di Qatar

PELUMBA Indonesia, H.A. Yudhistira memulakan saingan hari pertama SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS dengan baik apabila mencatat masa terpantas selepas kedua-dua sesi latihan bebas beraksir di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar, semalam.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing merakamkan masa terbaik 2’05.063s pada sesi latihan bebas kedua, 0.120s lebih pantas berbanding pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi (2’05.183s). Rakan sepasukan Zaqhwan, Mohd Zamri Baba mencatat masa ketiga terpantas, 2’05.564s.

Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) dan Makoto Tamada mencatat masa keempat dan kelima terpantas, 2’05.745s dan 2’06.250s manakala pendahulu keseluruhan, Katsuaki Fujiwara sekadar mencatat masa ke-11 terbaik akibat beberapa masalah pelarasan jentera.

“Segala yang dirancang berjalan dengan baik pada hari ini. Kami keluar ke litar dengan misi untuk menguji tayar dan juga jentera, dan amat berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh. Ini permulaan baik dan kami mahu menamatkan musim ini dengan kejayaan,” jelas Yudhistira.

Tambahnya, “Bagi membantu saya mendapat masa yang baik, pasukan telah menyediakan satu pakej yang bagus sejak dari awal lagi cuma pada sesi pertama, saya masih gagal mendapatkan sepenuh kelebihan yang ada bersama jentera saya. Pada sesi latihan bebas kedua barulah saya dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan jentera dan juga cengkaman tayar yang baik walaupun suhu di litar agak sejuk. Semoga kami dapat mengekalkan kelebihan ini sehingga ke perlumbaan akhir pada ahad nanti.”

Sementara itu pelumba Team Honda RSC, Kazuki Masaki mendominasi kelas Underbone 130cc dengan muncul pelumba terpanta pada kedua-dua sesi latihan bebas.

Kazuki yang baharu menjuarai Perlumbaan 2 pada perlumbaan pusingan lepas di Thailand mencatat masa terpantas 2’33.497s, 0.714s lebih pantas berbanding sesi latihan bebas pertama sebelum itu.

Pelumba Faito Factory Racing, Ferlando Herdian mencatat masa kedua terpantas, 2’33.744s dan pendahulu keseluruhan, Gupita Kresna (Kawasaki KYT Rextor Manual Tech) ketiga, 2’33.886s.


Dua pelumba Malaysia,, Mohd Amirul Ariff Musa (T.Pro Yuzy Honda NTS) dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) melengkapkan senarai lima pelumba terpantas dengan masa 2’34.349s dan 2’35.609s.

Juara Asia Dream Cup, Khairul Idham Pawi terus mendominasi saingan dengan mencatat masa terpantas pada kedua-dua sesi latihan dengan masa terbaik 2’31.778s yang dirakam pada sesi latihan bebas kedua. Dua pelumba jepun, Reitoku Kurogi dan Teppei Nagoe mengekori di belakang dengan masa terbaik masing-masing 2’34.254s dan 2’34.613s.

Pelumba Indonesia, Aditya Pangestu keempat dengan masa 2’34.669s dan Harith Farhan Baharin kelima, 2’34.689s.

Keputusan Latihan Bebas
SuperSports 600cc
1.Yudhistira (Kawasaki) 2’05.063s 2.Zaqhwan Zaidi (Honda) 2’05.183s 3.Zamri Baba (Honda) 2’05.564s 4.Yuki Ito (Yamaha) 2’05.745s 5.Makoto Tamada (Honda) 2’06.250s

Underbone 130cc
1.Kazuki Masaki (Honda) 2’33.497s 2.Ferlando Herdian (Yamaha) 2’33.744s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 2’33.886s 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 2’34.349s 5.Norizman Ismail 2’35.609s

Asia Dream Cup
1.Khairul Idham Pawi (MAS) 2’31.778s 2.Reitoku Kurogi (JPN) 2’34.254s 3.Teppei Nagoe (JPN) 2’34.613s 4.Aditya Pangestu (INA) 2’34.669s 5.Harith Farhan Baharin (MAS) 2’34.689s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori