PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) sebelum ini memang pernah kecoh dengan beberapa kontroversi melibatkan permasalahan dalaman persatuan tersebut.
Terbaharu, timbul lagi satu masalah apabila Presiden Seniman, Zed Zaidi membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati terhadap bendahari persatuan iaitu pelakon Vanidah Imran kerana didakwa melarikan buku cek milik Seniman.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zed mengatakan kebanyakan barisan baharu yang menerajui persatuan itu terdiri daripada pelakon-pelakon popular yang lebih banyak bercakap daripada melakukan tindakan.
“Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.
“Tetapi disebabkan semuanya terlalu pandai ilmu lakonan, hanya pandai bercakap sahaja daripada melakukannya,” katanya memetik laporan mStar.
Menurut Zed lagi, banyak aktiviti persatuan tidak dapat dijalankan berikutan tindakan yang diambil aktres tersebut.
Lebih baik rasanya mereka duduk semeja, berbincang baik-baik cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Takde masalah dalam dunia ini yang tidak dapat diselesaikan, yang penting masing-masing cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan permasalahan yang timbul sebelum ianya menjadi bertambah buruk. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC