Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Minta Anggota...

BAGAN DATOH - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta...

“Saya Akan Tetap Bersuara”...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr. Rais Hussin...

Apa Sebenarnya Berlaku Di...

AGAK mengejutkan apabila wujud pegawai atau petugas yang melarang kru televisyen membuat liputan...

Kanak-Kanak Bangga Lahir 31...

MELAKA - Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dua kanak-kanak Muhammad Afiq Aisy Muhd...

Zizan, Emma Maembong Nafi Putus Cinta

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

“Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua,” tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Zizan Razak 1

Penjelasan Zizan menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.


Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

“Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart,” ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori