KUALA TERENGGANU – Bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong dilantik sebagai penasihat sukan negeri Terengganu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Zolkples, yang berasal dari Dungun, akan membantu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat.
“Satu daripada tugas penting Zolkples ialah membantu Rozi ke arah mewujudkan Akadami Sukan Negeri Terengganu (ASN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau yakin mutu sukan Terengganu meningkat pada masa akan datang di bawah Zolkples, yang berpengalaman luas dalam pembangunan sukan negara.
Semalam, Ahmad Razif berkata Terengganu bakal menjadi negeri pertama di negara ini yang menubuhkan ASN bagi menjadi platform penyambung khidmat untuk bekas pelajar-pelajar sekolah sukan negeri ini. – BERNAMA