Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Draf Rancangan Tempatan MBAS...

ALOR SETAR - Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang...

Larian Obor KL 2017...

PUTRAJAYA - Acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sempena Sukan SEA...

RMK12: Tiada Pihak Dipinggirkan,...

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mempunyai dua tahun setengah bagi...

Jalin Hubungan Sulit: Menteri...

BEIJING : Menteri Luar China, Qin Gang dikatakan `hilang’ berikutan tidak kelihatan mahupun...

Kontroversi Peluk: Penganjur Konsert K-Pop Mohon Maaf

PENGANJUR konsert artis K-Pop B1A4, TGM Events membuat permohonan maaf di atas perkara berbangkit mengenai konsert itu yang menjadi viral di media sosial, semalam.

Memetik laporan media tempatan, penganjur mengatakan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama serta interaksi melibatkan peminat dan artis.

TGM Events turut menjelaskan insiden peminat wanita bertudung yang memeluk penyanyi berkumpulan dari Korea itu yang menjadi perdebatan hangat sejak semalam.

“Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

“Ia juga bukan sebahagian dariapada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat.

“Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan peminat.


“Sebelum acara bermula, hos acara sudah mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi berkenaan. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami,” katanya.

artis-kpop

kpop

Penganjur turut menyatakan, pihak mereka tidak akan mendedahkan identiti ataupun sebarang maklumat mengenai peminat wanita yang terlibat kerana ingin melindungi privasi mereka termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

Peminat wanita bertudung penyanyi Korea tersebut menimbulkan kekecohan di media sosial akibat tingkah laku mereka yang dikatakan ‘over’ beraksi mesra dengan idola mereka sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori