Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kristen Jalin Hubungan Sejenis,...

PELAKON filem Twilight, Kristen Stewart mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan sejenis dengan...

Wanita Terjun Laut, Dihanyutkan...

INDIA – Niat seorang wanita untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat...

Skuad Ragbi Malaysia Lakar...

PETALING JAYA – Sejarah tercipta dalam arena sukan ragbi negara apabila Malaysia buat...

Mobile CTC: Bawa Perkhidmatan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)...

Singapura Tawar Minyak Percuma Hadiah Pemandu Berbudi Bahasa

SINGAPURA – Bagi rakyat Malaysia yang sering berkunjung ke Singapura mungkin biasa melihat gelagat pemandu kenderaan di republik itu ‘biadap’ di jalan raya apatah lagi jika mereka lihat kereta atau motosikal dengan plat pendaftaran Malaysia.

Namun bermula hari ini, jangan bimbang kerana sikap kurang ajar itu buat sementara waktu dijangka hilang seketika apabila ramai pemandu Singapura berkelakuan lebih berhemah malah sopan santun sepanjang Kempen Berbudi Bahasa Di Jalan Raya.

Program tahunan hasil inisiatif pihak pemerintah itu bertujuan melahirkan rakyat Singapura berakhlak terpuji ekoran budaya positif tersebut semakin berubah kepada sikap penting diri untuk sentiasa menang atau disebut dalam dialek tempatan sebagai kiasu.

Stesen radio berita milik pemerintah, 938LIVE melaporkan, kempen digerakkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya dan juga Polis Singapura itu mendapat kerjasama daripada firma penyedia insurans dalam talian popular tempatan, DirectAsia.com.

Berbeza dengan kempen pada tahun-tahun sebelum ini, ratusan pemandu sopan hanya menerima hadiah misteri dan sijil penghargaan, tetapi kali ini sejumlah 100 pemandu ‘bertuah’ bakal dapat baucar petrol percuma bernilai S$80 (RM213).

Gambar hiasan

Mereka akan dipilih hasil pemerhatian anggota polis trafik Singapura di lokasi yang sering berlaku kes gejala buli jalanan atau pelanggaran peraturan jalan raya seperti lintasan belang untuk pejalan kaki, zon had laju atau persimpangan lampu isyarat.


Proses pemantauan ini dijangka mengambil masa lebih sebulan dan pemandu yang dikesan memandu dengan penuh bertimbang rasa akan didekati anggota polis trafik untuk menerima hadiah baucar sumbangan daripada syarikat minyak antarabangsa Shell itu.

Fasa kedua melibatkan pemandu mengisi minyak di stesen Shell akan menerima pelekat cermin DirectAsia.com dan mereka perlu merakam foto dengan diri sendiri kemudian dihantar menerusi laman sosial Facebook rasmi kempen itu, Road Courtesy.

Seramai 20 pemenang akan dipilih selepas berjaya jawab soalan berkaitan perangai buruk pemandu Singapura dan mereka juga akan dapat baucar petrol S$80 manakala seorang pemenang utama bakal menerima baucar minyak S$500 (RM1,333). – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori