Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Hadiri Program...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri...

SPAN Cadang Catuan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan supaya catuan bekalan air...

Cadangan Tutup MARACorp Khianati...

SHAH ALAM - Cadangan menutup MARACorp perlu dikaji semula kerana dilihat mengkhianati agenda...

JAS Pantau Rapi Kualiti...

KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang memantau dengan rapi status serta trend...

Almy Diganggu Makhluk Halus Ketika Berseorangan Di Rumah

DALAM sarat hamil anak sulung, Almy Nadia tidak terkecuali menjadi mangsa kacauan makhluk halus seperti yang didedahkan pelakon itu baru-baru ini.

Menurut Almy, kejadian menakutkan itu berlaku pada satu malam ketika dia tinggal berseorangan di rumah di mana dia telah ditegur oleh satu makhluk halus yang boleh dikatakan menyerupai pontianak semasa berada di biliknya.

“Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumkan rumah kami di tepi lebuhraya. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja.

“Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya ‘ditegur’ oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya,” katanya memetik portal Rotikaya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Almy kini semakin memperlahankan karier seninya demi memberi tumpuan terhadap kehamilan sulungnya dan akan mula kembali aktif berlakon selepas melahirkan cahaya matanya itu nanti. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori