Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM Rangka Pelan Tindakan...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang merangka pelan tindakan bagi...

KKLW Peruntuk RM171.4 Juta...

MARANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk sebanyak RM171.4 juta...

Pengapit Pengantin Diraba Tetamu...

JIJIK. Seorang gadis mengalami pengalaman yang menakutkan apabila dia diraba oleh sekumpulan lelaki...

18 Juta Unit Ujian...

PUTRAJAYA - Sebanyak 18 juta unit kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 tersedia...

1,000 Marshal Kawal Keselamatan Di Stadium Larkin

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan aspek kawalan keselamatan perlawanan bola sepak dengan menubuhkan satu syarikat keselamatan di Stadium Larkin.

PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat keselamatan itu akan bertanggungjawab di atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan bermula Liga Malaysia musim ini.

“Langkah ini diambil kerana Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai (penonton). Seramai 1,000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua marshal keselamatan Stadium Larkin itu dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Askar Timbalan Setia Negeri.


Kata kenyataan itu, marshal yang bertugas akan turut memastikan keselamatan penyokong pasukan pelawat yang bertandang ke Stadium Larkin.

“Diharapkan dengan adanya langkah sebegini akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bola sepak,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=UOg6g3cV534

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori