Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kadar Sewa Pejabat Hong...

HONG KONG - Hong Kong kekal memiliki pasaran pejabat termahal pada 2019 walaupun...

MAHB Perlu Hentikan Perbuatan...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu menghentikan perbuatan memilih data...

TV3 Nafi Isu ‘Pilih...

BERIKUTAN kontroversi gara-gara pengakuan 'berani mati' bekas peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam...

“Dakwa Saya, Keluarga, Bekas...

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini...

10,000 Tumah Terjejas Banjir Akan Dibaiki, Dibina – TPM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa memberi keutamaan supaya mangsa banjir terutama di Kelantan dapat menikmati semula kehidupan seperti ketika sebelum bencana banjir.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membina dan membaiki 10,000 unit yang rosak teruk akibat banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak baru-baru ini.

“Kita berharap usaha ini akan membolehkan mangsa yang terjejas banjir dapat meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara.

Beliau berkata demikian ditemui selepas menyempurnakan pelepasan Konvoi Bantuan Kemanusiaan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kali Ke-2 untuk disalurkan ke empat negeri terjejas banjir, di sini, hari ini.

Sejumlah RM5.3 juta nilai keseluruhan sumbangan disalurkan UMNO Wilayah Persekutuan membabitkan pelbagai barangan dan keperluan mangsa banjir termasuk kelengkapan tidur serta set memasak. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori