Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

3 Pekerja Ditahan Curi...

MELAKA - Polis menahan tiga pekerja kebun bagi membantu siasatan kes tiga jentera...

Kandungan Pen Drive Kontroversi...

PUTRAJAYA - Isi kandungan pemacu pena kontroversi yang didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan...

“Kalau Tak Sedar Dari...

KUALA LUMPUR - "Saya masih tidur (ketika kejadian), terhidu bau asap dan rasa...

Anggota Polis Cedera Bergelut...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera pada tapak tangan ketika bergelut dengan...

1,536 Unit PPA1M Dibina Di Bukit Jalil Menjelang 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membina 1,536 unit rumah di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil menjelang 2018, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata PPA1M akan dijual kepada kakitangan awam pada harga RM150,000 hingga RM300,000 seunit.

Katanya PPA1M akan dibangunkan berdasarkan konsep perkongsian pintar bersama pemaju di mana kerajaan tidak akan membiayai projek itu.

“Kerajaan tidak akan mengeluarkan satu sen pun untuk membiayai projek ini, semua kos akan ditanggung oleh pihak pemaju yang terpilih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan bilik pameran Parkhill Residence di sini hari ini.

Beliau berkata penjualan PPA1M akan diberi keutamaan kepada penjawat awam yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata kerajaan juga sedang dalam perbincangan untuk membina Rumah Bujang yang akan memberikan kemudahan kepada golongan belia yang bekerja di Kuala Lumpur menyewa di sekitar kawasan Keramat.

“Rumah itu akan mengandungi beberapa bilik berbentuk dormitori dan mempunyai ruang dapur, ruang tamu dan ruang makan yang akan disewakan dengan kadar RM50 sebulan,” katanya.


Katanya, projek ini dijangka dapat dilancarkan dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang dan lokasi rumah ini akan dilancarkan ialah berdekatan stesen LRT Keramat.

Beliau berkata kerajaan juga akan melancarkan beberapa lagi projek rumah mampu milik di Kepong dengan harga RM200,000 ke bawah seunit.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata pihaknya sentiasa memantau semua pemaju projek perumahan di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan setiap projek disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Kita sentiasa pantau malah kita sudah menarik dua ke tiga lesen pemaju yang tidak dapat menyiapkan projek mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPA1M

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori