Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Lima Warga Tempatan Didakwa...

KLUANG - Tiga lelaki dan dua wanita rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,...

Kerajaan Negeri Disaran Bina...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri perlu turut membina rumah transit untuk gelandangan seperti...

Seks Di Balkoni, Pasangan...

PASANGAN yang melakukan hubungan seks di balkoni kediaman mereka yang dipercayai terletak di...

Ismail Sabri Dilantik Perdana...

PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Bekas Siswi, Remaja Lelaki Ditahan Disyaki Cuba Sertai Militan IS

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Mereka ditahan secara berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 dan 28 Dis lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas wanita itu yang berusia 27 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan bekas penuntut institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang.

“Suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas menonton video propaganda kumpulan tersebut melalui Youtube dan berinteraksi melalui Facebook dengan seorang anggota kumpulan IS, yang dikenalinya sejak pertengahan November 2014,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudiannya berkahwin dengan anggota IS tersebut yang merupakan warga negara Maghribi pada pertengahan Disember 2014 melalui aplikasi panggilan video, Skype.

Beliau berkata lelaki itu telah memujuknya untuk menyertainya di Syria.

Khalid berkata tangkapan kedua dilakukan ke atas remaja lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu.


Dia merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Perlis.

Beliau berkata suspek juga terpengaruh untuk menyertai IS selepas menonoton video dalam Youtube dan berinteraksi dengan beberapa anggota IS melalui Facebook, yang merupakan warga negara Malaysia dan warga asing yang berada di Syria.

“Suspek merancang untuk terlibat dalam serangan bunuh diri di Syria,” katanya.

Khalid berkata kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Dengan penangkapan terbaharu itu, polis telah menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori