Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ismail Kijo Meninggal Dunia

AMPANG - Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO...

Polis Siasat Kes Pelajar...

Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah di Kulai, Johor...

UUM: Tiada Bukti Vinosiny...

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya...

Penduduk Di Kawasan Berisiko...

KLANG - Penduduk di 10 kawasan sekitar daerah ini dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga...

2 Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

IPOH – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila lori yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler di KM266.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, di sini, tengah malam tadi, kata polis.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata yang maut ialah pemandu lori M.Nagalinggam, 49, dan rakannya dikenali sebagai Yusri, 20, manakala seorang remaja Mohd Saiful Nazri Noor Affandy, 19, cedera parah.

Katanya Nagalinggam meninggal dunua di tempat kejadian manakala rakannya, Yusri, meninggal dunia di wad kecemasan HRPB.

Mohd Saiful Nazri dimasukkan ke hospital yang sama, katanya ketika dihubungi Bernama.


Wan Shaharuddin berkata lori itu yang membawa muatan cat dengan sebahagian daripadanya bertaburan di atas jalan berikutan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam dari terowong Menora sehingga ke Km266.1.

Ketiga-tiga mereka tersepit di dalam lori dan dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar, kata seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori