Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Aliff Syukri Akui Salah,...

USAHAWAN, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan mengakui salah kerana menggunakan cukai jalan kenderaan...

Kemelut Makin Meruncing, BN...

Satu tindakan drastik bakal dilakukan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) setelah situasi...

22 Maut Polis Tumpaskan...

KUMANOVO (Macedonia) - Polis Macedonia menumpaskan satu kumpulan pengganas etnik Albania dalam pertempuran...

Anak Melayu Singapura Komander...

SINGAPURA - Juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Kapten Muhammad Iskandar...

2 Remaja Maut Kemalangan Di Bahau Malam Tadi

BAHAU – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Rompin-Bahau, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Katanya mangsa, Muhammad Adzeem Mohd Daud, 13, dari Taman Desa Puteri dan Mohamad Farhan Abdullah, 19, dari Taman Bahau di sini yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal jenama Yamaha 125Z yang dinaiki kedua-dua mangsa menghala ke Bahau hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga FLX,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala pemandu kereta terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1sxFECdRyEc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori