Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dua Anggota Polis Cedera...

BAGAN SERAI - Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Elite Pulau...

Komposer Julfekar Dan Isteri...

PERJALANAN pulang ke Kuala Lumpur komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isteri terjejas selepas...

Cathay Pasific Rancang Untuk...

KUALA LUMPUR - Cathay Pacific, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong, merancang...

Pecah Masuk Rumah: 2...

KAMPAR - Dua sahabat, masing-masing dihukum penjara 46 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

20 Orang Cuba Sekat Saravanan, Beliau Turut Diugut Bunuh

Kira-kira 20 orang individu hari ini cuba menyekat kehadiran Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan daripada masuk ke dalam premis Ibu Pejabat MIC di ibu negara.

Ketika kejadian, kumpulan itu mengakui mereka dilantik oleh Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumaar Aaman semalam untuk menjaga keselamatan bangunan itu.

Menurut laporan portal Malaysiakini, beberapa orang kumpulan yang mengiringi Saravanan pula berteriak : “Palanivel sudah mabuk”.

MENARIK – Presiden MIC Tampil Jawab Dakwaan Berkaitan Isu ROS

Situasi tegang itu dilaporkan berlanjutkan sehingga satu jam sehingga pihak polis sampai dan orang ramai bersurai.

Kemudiannya, sebentar tadi Saravanan mengadakan sidang media selepas kejadian berkenaan dan mendedahkan bahawa beliau menerima dua ancaman dibunuh melalui panggilan telefon.

Beliau memainkan semula audio ancaman itu melalui pembesar suara telefonnya untuk didengari bersama para wartawan media.

Pemanggil itu bercakap dalam bahasa Melayu dan mengancam hendak menembak Saravanan.


Saravanan kemudian mengejeknya supaya benar-benar menembaknya kerana ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œpemberita mahu melihatnyaƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā.

Hari ini, Palanivel turut membuat pengumuman perubahan beberapa jawatan utama dalam MIC yang dilihat antara pencetus ketegangan pada hari ini.

Antara yang terlibat ialah Saravanan yang digugurkan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan dan digantikan dengan Datuk Rajoo Vyraperumal.

Saravanan dikatakan merupakan antara pemimpin MIC yang dilihat mengeluarkan kenyataan media berkenaan kemelut dalaman parti itu bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Insiden Wisma MIC Kecoh Pada 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori