Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengurus Projek TNB &...

PUTRAJAYA - Seorang pengurus projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan seorang wanita yang...

Farid Akui Masih Bahagia...

TIADA angin, tiada ribut... Baru-baru ini heboh mengatakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid...

“Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga,”...

BALING - Walaupun anak kesayangannya berada jauh di bumi bergolak Syria, ia tidak...

Tak Tahan Diganggu, Maria...

WALAUPUN usia perkahwinannya hampir menjangkau tujuh bulan, Maria Farida mendakwa dia tidak pernah...

Denda RM53,000 Sebab 34 Kali Buang Sampah Dari Atas Flat

SINGAPURA – Akibat degil selalu buang sampah dari rumahnya di sebuah flat awam milik pemerintah, seorang lelaki tempatan menerima padah apabila didenda sehingga S$19,800 (RM53,526), lapor media republik itu pada Khamis.

Menurut stesen berita radio 938LIVE, pesalah yang tidak didedahkan namanya itu berusia 38 tahun dan dipercayai melakukan jenayah tersebut sebanyak 34 kali selama setahun di Blok 224C Compassvale Walk bermula Jun 2013 sehingga Jun 2014.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menerima lima aduan mengenai pembuangan sampah berpotensi maut dari kediaman tempat tinggi oleh tertuduh dan kemudian memasang kamera pemantau bagi merakamkan bukti secara visual.

Hasilnya mereka berpuas hati terhadap sikap pengotor pesalah tersebut dan dia akhirnya didapati bersalah oleh hakim mahkamah tempatan dengan dikenakan hukuman denda selain kerja-kerja pembersihan kumbahan najis selama lima jam.

BACA : Akibat Banyak Anjing, Tikus Mula ‘Banjiri’ Singapura


Ini merupakan hukuman paling berat pernah dikenakan bagi kesalahan serupa dalam sejarah Singapura yang terkenal dengan rekod disiplin kebersihan menerusi pelbagai peraturan ketat dilaksanakan pihak pemerintah republik tersebut.

Biarpun anggota penguat kuasa Majlis Bandaran dan pegawai NEA kerap membuat rondaan di kawasan rumah pangsa untuk mendidik orang ramai mengenai bahaya membuang sampah dari tempat tinggi, kejadian seperti itu masih lagi berterusan.

Jurucakap NEA menjelaskan sekitar 2,500 maklum balas mengenai pembuangan sampah dari kediaman flat dilaporkan sepanjang tahun lalu dan kejadian seperti itu dapat dikekang hasil campur tangan pihak NEA, Majlis Bandaran dan pemimpin komuniti.

NEA juga terpaksa memasang kamera di 600 tempat yang menerima banyak aduan mengenai kes pembuangan sampah secara bahaya dan lebih 260 tindakan penguatkuasaan juga telah diambil terhadap pesalah sedemikian. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori