Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Jadi Bahan Lawak, Kain...

Dalam mana-mana majlis perkahwinan, orang ramai pasti akan memberikan tumpuan kepada baju yang...

SPRM Cari Warga Bangladesh...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sungai Petani, Kedah sedang menjejaki...

Pistol Riot Hilang, Ditemukan...

KUCHING – Sepucuk pistol separa automatik jenis Smith and Wesson yang ditemukan di...

Elaun Bomba, BN Luluskan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pengumuman Elaun...

Makan Sisa Pelanggan, Budak Pelarian Berdarah Dipukul

SEORANG kanak-kanak pelarian Syria yang kebuluran dipukul seorang pengurus restoran makanan segera Burger King semata-mata kerana memakan sisa kentang goreng ditinggalkan pelanggan di sebuah premis di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Ada antara saksi insiden tersebut kemudiannya mengambil gambar kanak-kanak malang yang berlumuran darah itu lalu dimuatnaik di laman sosial.

Orang awam yang membantu kanak-kanak tersebut dikatakan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan pengurus restoran terbabit, begitu juga masyarakat yang mengetahuinya melalui Internet.

turki


Syarikat Burger King yang menyedari kejadian ini memberi impak negatif kepada restoran mereka segera mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah memecat pekerja yang bertindak keterlaluan itu.

“Perbuatan pekerja itu tidak melambangkan jenama serta dasar kerja Burger King. Premis tersebut telah membuang pekerja terbabit dan kami memohon maaf atas kejadian memalukan ini,” kata wakil syarikat itu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori