Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Jawab Fitnah Maszlee...

KERAJAAN Pakatan Harapan meneruskan budaya fitnah dan tuduhan liar yang menjadi senjata utamanya...

‘Call Centre’ Judi Haram...

Kuala Lumpur : Taktik sindiket perjudian dalam talian berselindung di sebalik sebuah kondominium...

WHO Mahu Akses Terhadap...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta syarikat pengeluar berkaitan supaya mengemukakan...

Peruntukan RM300 Juta Laksanakan...

MELAKA - Kerajaan negeri menerima peruntukan RM300 juta bagi perlaksanaan projek pembinaan Off-River...

3 Bekas Kakitangan PKNS Yang Dipecat Kembali Bertugas

SHAH ALAM – Tiga daripada 19 kakitangan PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) yang dipecat semasa era pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah kembali berkhidmat dengan perbadanan dan anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, pihaknya juga masih dalam proses penelitian baki baki 16 kakitangan lain dan dalam proses menemuduga empat daripada mereka susulan keputusan Mesyuarat Ahli Perbadanan berhubung perkara itu baru-baru ini.

“Langkah terbabit diambil berdasarkan kelayakan dan bersesuaian dengan keperluan kedua-dua pihak. PKNS juga dalam proses menemuduga empat lagi bekas kakitangan PHSB bagi mengisi kekosongan di anak syarikat PKNS mengikut keperluan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ishak turut memaklumkan, pengurusan PKNS sedang meneliti cadangan untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah bagi baki 12 kakitangan yang lain.

Mohamed Azmin sebelum ini dipetik berkata, beliau akan memastikan kakitangan anak syarikat PKNS terbabit yang diberhentikan kerja mendapat keadilan sewajarnya. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKNS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori