Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Janji Beli Baju Raya...

KUANTAN - Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas...

Biar Betul…Mona Lisa Adalah...

Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia 'Mona Lisa' tidak perlu disangkal lagi.Lihatlah ajaibnya lukisan...

KPDNKK Rampas Minyak Masak...

PUTRAJAYA - Bertindak atas maklumat orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

PAS Sedia Hadapi Pakatan...

KUALA LUMPUR - PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum...

3 Bom Tangan, 76 Peluru Ditemui Di Georgetown

Georgetown – Tiga pekerja pembersihan alat pendingin hawa terkejut selepas menemui tiga butir bom tangan termasuk 76 butir peluru hidup dan tiga kelopak peluru yang disorokkan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah premis kosong di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila seorang lelaki berusia 65 tahun menemui beg hitam di belakang kompresor alat pendingin hawa.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini.

Katanya, premis terbabit sebelum ini digunakan sebagai salon rambut di tingkat satu itu sudah dikosongkan sejak beberapa bulan lalu.


“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bom dan peluru berkenaan masih lagi aktif dan ketika diperiksa premis berkenaan kosong tiada penghuni.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti pemilik premis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Senjata Api 1972,” katanya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori