Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Jangan Biarkan Kebencian Kuasai...

KUALA LUMPUR - Jangan sebar kebencian dan berpecah belah kerana perkara remeh, itu...

Rentas Negeri Selepas 80%...

KUALA LUMPUR - Kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70...

Kerajaan Perak Iktiraf Kedudukan...

IPOH - Pengiktirafan secara rasmi kedudukan ketua pembangkang menerusi penyediaan pelbagai kemudahan antara...

Mendung, Hujan Beberapa Kawasan...

KUCHING - Cuaca diramal mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, terutama...

3 Lelaki Didakwa Edar 38.98kg Methamphetamine

JASIN – Tiga lelaki termasuk seorang warganegara India hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.98 kilogram, bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada ketiga-tiga tertuduh N. Sivam, 40, K. Kalitasan, 29, dan warganegara India, Antony Arockiya Raj Selvaraj, 31, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y. Abdul Jaapar.

Sivam, seorang pemandu lori, Kalitasan seorang pemandu teksi dan Antony Arockiya seorang pekerja ladang didakwa melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 2933, JA 5796, Jalan Bukit Tinggi, Simpang Kerayong, Kampung Bukit Tinggi di sini pada 2 petang, 22 Dis tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Semua tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Muhammad Firdaus Ab Aziz.

Mahkamah menetapkan 5 Feb untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-zzyB-rfD6w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori