Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kecederaan Ke Tempat Kerja...

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh pekerja semasa dalam perjalanan ke...

BN Naikkan Bantuan Khas...

JERLUN - Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima berita gembira apabila Perdana Menteri,...

Filipina Belum Sahkan Status...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina masih belum memberi pengesahan mengenai status kerakyatan...

Pemuda Dakwa Diserang Anak...

GEORGETOWN : Satu rakaman video memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe...

Suspek Utama Serangan Berdarah Charlie Hebdo Mati Ditembak

DUA beradik yang dipercayai terlibat menyerang pejabat majalah Charlie Hebdo hingga mengakibatkan kematian 12 nyawa Rabu lalu, maut ditembak pihak berkuasa Perancis di sebuah bangunan di Dammartin-en-Goele yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Charles de Gaulle, timur laut Paris, pada Jumaat.

f8093b1e-5800-42c0-84f9-947857229192-1020x612

Cherif dan Said Kouachi, yang melarikan diri selepas melakukan serangan berdarah Rabu lalu, terbunuh sebelum jam 4 petang (waktu tempatan) selepas pasukan khas bersenjata Perancis menyerbu bangunan yang dijadikan tempat persembunyian mereka bersama beberapa tebusan.

Serbuan mula dilakukan sekitar jam 8.30 pagi melibatkan pasukan khas Swat, penembak tepat dan helikopter tentera selepas pihak berkuasa menerima laporan berlaku insiden tembakan dan beberapa orang telah dijadikan tebusan di sebuah bangunan.

Bangunan yang dilaporkan menjadi lokasi persembunyian dua suspek utama serangan Charlie Hebdo.
Bangunan terletak di Dammartin-en-Goele yang dilaporkan menjadi lokasi persembunyian dua suspek utama serangan Charlie Hebdo.

Tidak lama selepas adik beradik ini berjaya dibunuh, pihak berkuasa menyerbu sebuah pasaraya Kosher di timur Paris, di mana seorang suspek lelaki telah menahan sekurang-kurangnya lima tebusan di dalamnya.

Suspek yang dikenalpasti sebagai Amedy Coulibaly, 32, turut maut ditembak selepas pihak polis merempuh masuk pasaraya terbabit bagi menamatkan babak drama tebusan yang bermula sejak tengah hari Jumaat.


Coulibaly yang bersenjatakan senapang automatik ketika kejadian, merupakan seorang daripada dua suspek yang diumumkan pihak berkuasa Perancis pada Khamis lalu, sedang diburu kerana dipercayai turut mempunyai kaitan dengan serangan Charlie Hebdo.

Seorang lagi suspek wanita, Hayet Boumddiene dilaporkan membantu Coulibaly dalam kejadian di pasaraya Kosher berkenaan.

Amedy Coulibaly, 32
Amedy Coulibaly (kanan) maut ditembak di pasaraya Kosher yang terletak di Porte de Vincennes, Paris.

Bagaimanapun tidak semua tebusan di pasaraya Kosher dapat keluar hidup-hidup apabila 4 daripadanya terkorban dalam insiden malang berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori