Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Apa Hak Kit Siang...

MARANG - Presiden Pas hari ini menyindir Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang...

Lelaki Warga Oman Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki rakyat Oman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Lompat Parti Disifatkan Proses...

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak...

Senarai Penuh Pemenang Anugerah...

ACARA Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) iaitu salah satu acara yang memberikan penghormatan...

4 Juta Wanita Arab Saudi Hidup Bujang Lima Tahun Lagi

Riyadh – Jumlah wanita Arab Saudi tidak berkahwin dijangka meningkat empat juta dalam masa lima tahun akan datang, daripada 1.5 juta sekarang.

Angka itu terkandung dalam kajian yang dilakukan Ketua Jabatan Pelajaran Universiti Islam Madinah, Ali Ibrahim Al-Zahrani.

Ia bukan saja jumlah yang besar tetapi juga membimbangkan.

Kos majlis perkahwinan yang tinggi dan wang hantaran yang mahal menyebabkan ramai lelaki Saudi memilih untuk berkahwin dengan wanita warga asing.

Selain itu, ramai wanita Arab Saudi tidak berkahwin kerana kemiskinan dan pengangguran yang berleluasa dalam kalangan penduduk lelaki negara itu.


Ketiadaan kerja dan miskin menyebabkan lelaki muda berfikir banyak kali untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka mungkin boleh meminjam untuk melangsungkan perkahwinan, termasuk mendapatkan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, yang menjadi kebimbangan ialah selepas berkahwin. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=WfZim7T4cX0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori