Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Durian Di Kulim Berharga...

KULIM - Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan bakul...

Buka Semula Kes TBH...

PUTRAJAYA - Sebarang keputusan untuk membuka semula siasatan kematian Teoh Beng Hock perlu...

Sami Tonton Video Lucah...

APABILA menaiki pengangkutan awam, bermacam-macam ragam dan kerenah manusia kita jumpa. Antaranya ada manusia...

KUIPs Tawar Biasiswa Kepada...

WARSAW – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan biasiswa kepada tiga calon pelajar...

500 Guru Bantu Pulihkan Psikologi Murid Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU: Bantuan untuk murid sekolah yang menjadi mangsa banjir tidak hanya setakat pemberian pakaian dan peralatan sekolah, malah mereka turut diberi bimbingan kaunseling untuk mengurangkan tekanan dan trauma disebabkan bencana itu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata, sebanyak 500 sukarelawan terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling telah memberi bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling kepada murid yang menjadi mangsa banjir untuk mengurangkan kesedihan mereka.

“Pasukan ini telah pun bergerak di semua daerah yang dilanda banjir dengan mengadakan aktiviti pengurusan emosi di pusat pemindahan banjir, malah pasukan sama juga membantu mangsa banjir di Tumpat, Kelantan pada 3 Januari lalu.

“Program prihatin kaunseling perdana pasca banjir pula akan diadakan secara serentak pada Khamis ini melibatkan 500 guru kaunseling dan 5,000 murid terlibat banjir di 60 buah sekolah seluruh Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan barang persekolahan kepada 5,000 mangsa banjir oleh Kumpulan Perbankan RHB di sini, Selasa.


Turut hadir Pengurus RHB Bank Wilayah Timur, Shaharuddin Ming dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNT, Ngah Bidin.

Zakaria berkata, melalui program perdana itu, aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi kaunseling perkongsian musibah banjir oleh murid, permainan kecil dan pelan tindakan pengurusan diri pasca banjir.

“Seorang guru kaunseling akan membimbing 10 orang murid dan sumbangan kelengkapan sekolah iaitu beg dan alat tulis oleh Kumpulan Perbankan RHB akan diberi kepada mereka selepas program itu selesai.

“Diharap kaunseling ini akan meningkatkan semula keyakinan mangsa banjir untuk terus bersemangat dan ceria meneruskan pembelajaran mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori