Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usaha Malaysia Dapat Pengiktirafan...

BUKIT MERTAJAM - Usaha kerajaan yang terus komited menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan...

Chong Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik...

Anwar ‘Tersepit’ PKR Sabah,...

PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang (RUU) persendirian dibawa Presiden PAS, Datuk...

Erry Hidayat Ganti Hafifi...

KUALA LUMPUR - Biarpun masih muda, atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat diberi...

56,884 Rumah Di Hulu Langat, Sepang Bakal Terjejas Bekalan Air

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56,884 rumah di kawasan Hulu Langat dan Sepang dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 8 malam esok hingga pukul 8 pagi pada 23 Januari ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, ia berikutan kejadian paip pecah pada paip dari loji Semenyih ke Bandar Mahkota, Sepang.

“Kerja-kerja kecemasan ini perlu dilaksanakan dengan segera kerana Syabas telah mengenal pasti lokasi kebocoran yang kritikal di jajaran paip tersebut.

“Justeru, Syabasakan menutup pengaliran air sepenuhnya pada jajaran paip berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Priscilla menasihatkan orang ramai dikawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut dan mengelakkan pembaziran.


Katanya, lori tangki dan tangki statik Syabas pula dalam keadaan tunggu sedia bagi menyalurkan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna terlibat selepas 24 jam gangguan itu berlaku.

“Walaupun kerja-kerja baik pulih yang dilakukan mengikut jadual, namun tempoh masa yang diambil untuk bekalan air pulih sepenuhnya mengambil masa dan secara berperingkat-peringkat.

“Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori