Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Harus Terus Jadi...

KANGAR - UMNO perlu terus menjadi parti yang mudah didekati, diyakini dan dihormati...

2 Mayat Terdampar Di...

KUALA NERUS - Dua mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pesisir pantai...

Rangkul Anugerah Sebelum Tersingkir...

DARREN Moore dipilih menerima anugerah pengurus terbaik untuk bukan April beberapa jam sebelum...

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Feb) sebagai cuti...

57 Maut, Lori Tangki Dipandu Laju Rempuh Bas Di Pakistan

KARACHI – Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak yang dipercayai dipandu laju di laluan salah merempuh sebuah bas dalam kejadian awal hari ini, kata polis.

“Bas membawa kira-kira 50 penumpang itu berlanggar lori tangki minyak itu yang dikatakan datang dari laluan salah,” kata pegawai polis kanan, Rao Muhammad Anwaar.

“Bas itu terbakar selepas nahas menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang terkorban,” katanya.

Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Shikarpur menuju bandar pelabuhan di selatan Karachi apabila nahas berlaku di atas permukaan yang tidak rata.

Anwaar berkata, antara mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala sebahagian yang lain belum dapat dikenal pasti.


Beberapa penumpang terselamat selepas mereka melompat keluar menerusi tingkap bas.

“Kita sedang cuba menyiasat sekiranya kesalahan dilakukan oleh pemandu lori tangki minyak itu atau sama ada pemandu bas juga melakukan kecuaian,” katanya.

Pakistan mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang tinggi berikutan keadaan jalan yang kurang baik, kenderaan yang tidak diselenggara dan kelemahan cara pemanduan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori