Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Tiba...

SINGAPURA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Lebih 5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah...

Mayat Lelaki Ditemui Terbaring...

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan terbaring di atas katil...

Hina Nama Ayah Watson,...

SUSULAN tindakannya yang menghina nama mendiang bapa bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek,...

578 Pati Ditahan Di Cameron Highlands

IPOH – Sebanyak 578 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas yang bermula 22 Nov sehingga Rabu lepas di Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 157 warga Indonesia, Bangladesh (177), Myanmar (97), Nepal (103), India (20), Kemboja (enam), Pakistan (enam), Sri Lanka (lima), Vietnam (tiga), Filipina (tiga) dan Thailand (seorang).

“Ada sesetengah mereka ditahan dalam sekatan jalan raya dan ada yang ditahan di dalam hutan yang mana kita percaya mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Operasi bersepadu yang dijalankan setiap hari di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi ini melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Beliau berkata pihaknya turut mengadakan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Cameron Highlands yang beroperasi selama 24 jam.

“Dengan bantuan PGA (Polis Gerakan Am) dan ATM, kami melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan hutan yang telah dikenal pasti tempat persembunyian PATI,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori