Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Caj Perkhidmatan Jalur Lebar...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur...

Tiada ‘Orang’ KKM Ditahan...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa kontrak yang didakwa...

Model Kejam Enggan Maafkan...

Romania - Anak tidak berhati perut dan kejam. Ibu sedang nazak pun tidak...

Cinta Diutamakan, Vanessa Hudgens...

PELAKON popular filem kegilaan remaja High School Musical, Vanessa Hudgens mengutarakan pandangan peribadi bahawa...

65,000 Budak Kecil Jadi Hamba Seks Paderi Di Australia

SYDNEY – Suruhanjaya Penyiasatan Kes Penderaan Seksual Kanak-kanak Australia pada Jumaat menganggarkan jumlah pampasan untuk 65,000 mangsa yang menjadi hamba seks paderi di negara itu boleh mencecah A$4.3 juta (RM12.13 juta).

Amaun itu adalah anggaran purata dengan mengambil kira setiap mangsa bakal menerima A$65,000 (RM183,419) yang akan dibayar secara berperingkat-peringkat selama beberapa tahun oleh institusi gereja tempat kanak-kanak tersebut dianiaya.

“Ganti rugi ini akan ditanggung pihak institusi terbabit dan mereka turut bekerjasama untuk mengesan lebih ramai lagi mangsa pernah menjadi mangsa penderaan seks paderi terlibat,” kata pengerusi suruhanjaya, Peter McClellan yang juga hakim.

Beliau menambah, laporan suruhanjaya itu turut menyarankan agar pihak kerajaan Australia mewujudkan satu skim dana pampasan khas peringkat kebangsaan bagi membiayai mangsa yang dijangka bertambah ramai setelah dibongkar lebih terperinci.


“Nilai ganti rugi itu bukan semata-mata isu wang pampasan, tetapi inilah harga perlu dibayar bagi memulihkan semula kehidupan mangsa kerana didera secara seksual oleh paderi yang salah guna kedudukan untuk memuaskan nafsu,” tegas McClellan.

Dalam pada itu, Survivors Network of Those Abused by Priest (SNAP), sebuah badan bukan kerajaan yang mewakili puluhan ribu mangsa seks paderi di seluruh dunia menyambut baik laporan suruhanjaya tersebut demi menambah baik imej institusi agama.

Jurucakap SNAP Australia, Nicky Davis berkata, organisasi itu yang ditubuhkan sejak 1989 dan ada cawangan di 56 negara bukan sahaja memantau penderaan seksual gereja Katholik, malah meliputi institusi Kristian Baptist, Orthodox dan Presbyterian.

“Ramai mangsa trauma sepanjang hayat apabila anggap diri mereka tidak lagi suci ‘diratah’ individu warak yang sepatutnya membimbing mereka ke jalan agama tetapi mengambil kesempatan menodai kehormatan mangsa,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori