Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Golongan Muda Beli 50...

KUALA LUMPUR : Sejumlah 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah melalui Projek Perumahan...

Rambutan Anak Sekolah: Dari...

SEJAK sembilan tahun lalu kehidupan penduduk tiga rumah panjang iaitu Helary Nyelam, Nimong...

Hina Islam, Nabi: 3...

TIGA individu ditahan manakala seorang lagi diburu polis berhubung penghinaan ke atas agama...

PTPTN Nak Ke Terima...

SHAH ALAM – Bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abd. Halim mempersoalkan kesanggupan Perbadanan...

QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk

PANGKALAN BUN: Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di kerusi pesawat.

Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki.

Perkara ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan menerusi panggilan telefon kepada portal berita Metro TV, pada Jumaat.

Yayan menjelaskan, ketujuh-tujuh mangsa nahas tersebut didapati berada di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keselamatan dan tiga daripada mereka disyaki merupakan satu keluarga.

“Terdapat dua lelaki dan seorang perempuan, satu keluarga kerana duduk berderet satu tempat duduk,” ungkap beliau.

Yayan menambah, terdapat dua mayat lain yang ditemui duduk bersebelahan sementara dua lagi mayat ditemui dalam posisi terpisah.


Difahamkan, KRI Bung Tomo sudah pun melakukan koordinasi dengan KRI Banda Aceh dan Badan SAR Nasional untuk membawa ketujuh-tujuh mayat yang ditemui itu ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.

Sumber: Metrotvnews

DISYORKAN BACA : Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

https://www.youtube.com/watch?v=tKNeNAi5Vts

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori