Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menentukan KPI Bisnes Yang...

KPI atau Key Performance Index penting bagi memastikan kelangsungan hidup syarikat dengan cara...

Adik Perempuan Jadi Mangsa...

MERSING: Seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 7 tahun menjadi mangsa rogol abang...

Militan Daesh Beri Amaran,...

LANGKAH Putrajaya dalam memerangi puak pelampau Militan Negara Islam (IS) atau Daesh tidak...

TLDM Bantu Lepaskan Nelayan...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu melepaskan lima nelayan...

779 Mangsa, Petugas Banjir Alami Trauma – KKM

KUALA LUMPUR – Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial Kementerian Kesihatan telah memberi bantuan kepada 660 mangsa banjir dan 119 petugas bencana itu sejak 21 Disember 2014 sehingga 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan yang dibentuk oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis Kebangsaan (CPRC) itu digerakkan memandangkan banjir yang berlaku kali ini begitu teruk menyebabkan ramai mangsa dan petugas bencana itu menghadapi trauma.

“Seramai 779 individu termasuk mangsa banjir dan petugas kesihatan atau sukarelawan telah menerima sokongan psikososial. Sebanyak 267 kaunseling individu dan 333 kaunseling berkelompok telah dilaksanakan.

“Kementerian Kesihatan turut melaksanakan taklimat Psychological First Aid and Mental Health Preparedness secara berkala kepada petugas perubatan yang terlibat dalam misi menangani banjir sebelum mereka dimobilisasikan ke kawasan-kawasan terlibat.

“Ini untuk memastikan petugas berada dalam tahap kesihatan mental yang optimum untuk melaksanakan tugasan dalam keadaan krisis,” katanya.

Noor Hisham menjelaskan, banjir teruk yang melanda beberapa buah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bukan sahaja mengakibatkan kesan fizikal dari segi kemusnahan dan kehilangan harta benda tetapi mengakibatkan tekanan perasaan dan trauma mendalam daripada aspek psikologi.

Menurutnya, banjir yang berlaku menyebabkan ada mangsa mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat daripada kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri dan perasaan terasing dari dunia luar.


Manakala, katanya, gejala fizikal yang dialami ramai mangsa dan petugas banjir adalah keletihan, kejang otot, lapar dan gangguan tidur.

“Hasil pemerhatian mendapati ada juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran dihadapi oleh mangsa banjir,” katanya.

Ekoran itu sebanyak 29 pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial melibatkan 150 anggota telah digerakkan ke lapangan bagi memberikan perkhidmatan itu.

Katanya, perkhidmatan itu membabitkan petugas-petugas kesihatan terdiri daripada pakar psikiatri, pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan (psikiatri dan kesihatan), jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai psikologi dan pegawai sosial perubatan.

“Antara perkhidmatan psikososial yang diberikan adalah psychological first aid, kaunseling, terapi individu, terapi berkumpulan, aktiviti melibatkan kanak-kanak dan remaja, ceramah kesihatan untuk mengenali dan menangani stres, melaksanakan teknik relaksasi dalam kalangan mangsa, saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap emosi serta kemurungan serta rujukan terus kepada kaunselor dan pakar psikiatri,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori