Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Tewas Di...

HONG KONG - Skuad Harimau Malaya menempah laluan berliku untuk layak ke pusingan...

Penumpang KTMB Rugi Bila...

PERKHIDMATAN Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan...

Tikam Orang Di Dalam...

LELAKI ditahan di Tokyo selepas menikam mati seorang individu dan mencederakan dua lagi...

Kualiti Udara Di Kuching,...

KUCHING - Keadaan berjerebu di Kuching, Samarahan dan Sri Aman bertambah serius pagi...

90% Mangsa Banjir Kelantan Kembali Terima Bekalan Elektrik

KUALA LUMPUR – Lebih 90 peratus pengguna elektrik di Kelantan yang terjejas akibat banjir sebelum ini telah menerima kembali bekalan elektrik setakat pukul 12 tengah hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, bilangan Pencawang Elektrik (PE) yang kembali beroperasi sebanyak 1,838 berbanding 1,960 yang dipotong semasa banjir.

“Jumlah beban tenaga pula yang terpaksa dipotong juga terus menurun kepada 10 MW (megawatt) berbanding 33 MW semalam. Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 46 janakuasa bergerak dengan kapasiti hingga 1,000 kVA (kilo Volt Ampere) juga sedang dioperasikan di Kelantan.

“Kami juga sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set-set janakuasa ini,di lokasi-lokasi yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Aziz berkata, jumlah PE yang masih belum dipulihkan di Pahang pula menurun kepada sebanyak 217 PR berbanding 584 PE iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir di negeri itu manakala di Perak sebanyak 57 PE masih belum dipulihkan.


Justeru, katanya, para pengguna terlibat dinasihatkan supaya memastikan pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik mereka selamat untuk digunakan.

Katanya, pengguna terlibat juga dinasihatkan untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memeriksa terlebih dahulu pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik sebelum selamat untuk digunakan.

“Para pengguna terlibat bolehlah menghubungi pejabat-pejabat ST di negeri masing-masing seperti nombor telefon bagi mendapatkan khidmat nasihat di talian Kelantan dan Terengganu (09-748 7390), Pahang (09-514 2803) dan Perak (05-253 5413),” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori