Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari...

SEORANG kanak-kanak berusia setahun enam bulan yang diberitakan hilang petang Khamis dari rumah neneknya...

Isu Keselamatan Antara Perbincangan...

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan termasuk berkaitan jenayah pemerdagangan orang, kerjasama dua hala...

Bekas Senator Dikait Klip...

PETALING JAYA - Bekas senator Khairul Azwan Harun yang dikaitkan dalam pendedahan rakaman...

Arca Puteri Diana Akan...

KEDUA waris Puteri Diana, Putera William dan Putera Harry telah memutuskan untuk mendirikan...

Ada Kedai Jual Barangan ISIS Di Bandar Baru Bangi?

AKHBAR berbahasa Inggeris tempatan, The Star dalam laporannya pada Jumaat mendedahkan terdapat sebuah kedai di Bandar Baru Bangi dikesan menjual barangan militan tanpa mempedulikan kemungkinan bakal ditahan.

“Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” demikian dilaporkan jawapan peniaga terbabit kepada pemberita akhbar itu.

140704-isis-music-cover-10a_31d581ed0a8c52e5a780b47e622d1d77

Wartawan tersebut melaporkan, keadaan luar kedai tidak nampak mencurigakan namun di dalamnya, terdapat pelbagai barangan kontroversi yang dijual.

Antara barangan terdapat di kedai tersebut adalah bendera berkonsep militan, topi dan baju. Selain itu, ia juga membekalkan barangan yang memaparkan lambang kumpulan militan terutamanya Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta Taliban.

[BACA INI: Disuruh Cuci Tandas, ‘Pejuang’ ISIS Akhirnya Lari Balik Kampung]

Difahamkan, kedai itu baru beroperasi sekitar tiga bulan lalu dan barangan yang dijual di sana diimport dari Indonesia.


Barangan seperti sticker bercorak ISIS dijual pada harga RM5 sehingga RM10 manakala T-shirt ISIS pada harga RM59.

T-shirt yang tertulis ‘Mujahideen Cyberspace’ dan ‘We Declared War Against The Zionists’ turut ditawarkan kepada pelanggan.

“Barangan itu mendapat permintaan tinggi dan perniagaan semakin baik sejak dibuka tiga bulan lalu. Ramai bertanya tidakkah kami bimbang menjalankan perniagaan selepas diberikan persepsi negatif namun saya diberi jaminan oleh abang saya yang perniagaan ini dijalankan atas nama Allah dan tiada apa yang perlu ditakutkan,” komen peniaga terbabit.  – MYNEWSHUB.CC

Jangkaan Konflik Menentang ISIS Pada 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori