Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

EBOLA: Malaysia Sumbang 2.9...

Putrajaya - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, menyampaikan sumbangan 20.9...

Presiden Iran Ebrahim Raisi...

DUBAI : Presiden Iran Ebrahim Raisi disahkan maut oleh pegawai kerajaan negara itu...

‘Gelombang Kedua’ Lebih Besar,...

KUANTAN - Pahang telah membuat persediaan rapi untuk menghadapi banjir lebih besar berikutan...

Budak 5 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai...

Adik Ditemui Lemas, Gerakan Mencari Abang Diteruskan

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun ditemui lemas di Sungai Kuala Petagas, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, abang mangsa berusia lima tahun yang turut dilaporkan hilang selepas kedua-dua mereka terjatuh ke sungai berkenaan malam tadi, belum ditemui.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang, berkata kanak-kanak perempuan itu ditemui jam 6 pagi tadi tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh anggota bomba yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, usaha mencari abang mangsa yang masih hilang diteruskan.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, dua beradik berkenaan dikatakan bermain berhampiran tebing sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka sebelum dilaporkan terjatuh dan hilang.

Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak terbabit dilaporkan tiada di rumah kerana keluar membeli barang. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori