Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tak Akan Dedah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mendedahkan senarai nama pegawai...

Tiada Penyelewengan Agihan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada...

Skuad Harimau Malaya Tunai...

Biarpun tanggungjawab menggalas cabaran negara menghadapi Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF...

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Ahmad Maslan: Nafi BR1M Mula Dibayar 11 Januari Lalu

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat tidak terpedaya dengan mesej aplikasi WhatsApp yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun ini sudah mula dibayar sejak 11 Januari lalu.

Menurutnya, mesej berantai itu merupakan satu fitnah mengatakan ia datang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memaklumkan pembayaran BR1M sudah dibuat ke bank-bank yang terlibat.

najib

“Saya ingin menegaskan perkara itu adalah tidak benar. Saya dah periksa dengan pejabat perdana menteri, beliau tidak ada menggunakan kaedah-kaedah begini (dalam menyampaikan maklumat). Bererti ada pihak-pihak di luar sana yang ingin membuat rakyat marah.

“Tujuan ini adalah tidak baik sama sekali. Bayangkan jika ada pemilik akaun CIMB yang pergi ke bank pada 11 Januari tapi tiada duit BR1M masuk, akhirnya kerajaan akan dimarah. Ini bukan daripada Datuk Seri Najib, saya harap janganlah buat kerja-kerja sebegini lagi,” katanya ketika sesi sidang media BR1M 2015 di sini hari ini.

brim 3 wm

Menurutnya lagi, nama penerima yang berjaya dengan permohonan BR1M akan dihantar bermula esok (Rabu) ke-18 buah bank yang terlibat dan hanya pada 15 Januari wang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.

Sementara itu, tarikh kemaskini BR1M 2015 bagi tahun ini telah dilanjutkan sehingga 31 Januari depan untuk memberi peluang kepada pemohon baru mendaftar serta pemohon yang masih belum lagi berkesempatan mengemaskini maklumat terkini mereka.

Ahmad Maslan berkata langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada pemohon yang berkemungkinan masih belum lagi mengemas kini disebabkan beberapa masalah yang melanda mereka contohnya seperti kejadian banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, penghujung tahun lalu.


“Oleh kerana berlaku banjir, kita lanjutkan tempoh permohonan dan kemaskini BR1M daripada 31 Disember 2014 kepada 31 Januari 2015.

“Semua pemohon wajib mengemaskini permohonan kerana BR1M tidak automatik diberi kerana kita perlu tahu maklumat serta status terkini pemohon,” katanya.

BR1M akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun, di mana pada 15 Januari ini sebanyak RM300 akan dibayar untuk penerima yang layak menerima RM950 setahun, RM200 untuk penerima RM750 serta individu bujang sebanyak RM350.

Bayaran peringkat kedua dan ketiga akan dibuat pada 28 Mei dan 28 September 2015. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto: HAZIQ AHMAD

Brim

https://www.youtube.com/watch?v=AarL8qYguOY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori