SIAPA tak nak memiliki kulit wajah yang sempurna daripada sebarang cela dan bintik hitam kan.
Di sebalik sogokan pelbagai produk penjagaan wajah di pasaran, rupanya ada satu bahan yang dikatakan sangat mujarab untuk merawat kulit muka dan ianya percuma pula tu!
Nak tahu apa dia?
Ha, jangan terkejut tau, menurut konsultan penjagaan kesihatan yang juga seorang penulis, Martha Christy, air kencing boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Memetik tulisannya dalam buku Urine:  Your Own Perfect Medicine, kandungan dalam air kencing berupaya untuk merawat kulit serta pelbagai masalah komplikasi wajah.
Selain itu, kandungan semulajadi anti bakteria yang terdapat dalam air kencing juga dikatakan boleh menambah daya ketahanan badan selain dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit.
Caranya, anda hanya perlu ambil sedikit air kencing kemudian urutkan secara perlahan-lahan di muka setiap hari untuk mendapatkan hasil memuaskan.
Ini tak mengapa lagi, tapi sanggupkah anda minum air kencing untuk meningkatkan tahap kesihatan?
Martha mencadangkan meminum segelas air kencing setiap hari akan membuatkan seseorang itu berada di tahap kesihatan terbaik!
Lepas baca artikel ini, agak-agak anda nak cuba ke tip daripada Martha ni?
Tepuk dada, tanya selera.. -MYNEWSHUB.CC