Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelabur Asing Jual Saham,...

PASARAN saham negara terus mengalami kemerosotan apabila pelabur asing menjual saham yang disenaraikan...

Kerajaan Perhebat Penerangan Kepada...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan akan memperhebat sesi penerangan terutama mengenai kedudukan semasa...

Video: Ikon Bola Sepak...

BULAN Ramadan kali ini ternyata memberi 1001 rahmat buat ikon bola sepak terkenal,...

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

AirAsia Dijangka Catat Pendapatan Kukuh Pada 2015

KUALA LUMPUR – Hong Leong Investment (HLIB) Bank menjangka AirAsia Group dapat mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh pada 2015, memandangkan faedah ketara daripada harga bahan api rendah.

“Kami mengandaikan hasil purata (termasuk surcaj) akan turun 7.6 peratus pada 2015 selepas menganggap penurunan sebanyak 5.8 peratus pada 2014.

“Namun begitu, kami menjangka tekanan hasil jangka pendek memandangkan promosi tambang murah untuk meningkatkan keyakinan perjalanan udara dan mengekalkan jumlah muatannya pada 80 peratus,” katanya dalam satu nota hari ini.

Menurut HLIB AirAsia mendapat faedah daripada penurunan harga bahan api pesawat memandangkan antara 60 dan 63 peratus daripada kos operasinya disumbangkan oleh bahan api.

AirAsia telah melindung nilai 50 peratus daripada keperluan bahan api pesawat bagi 2015 pada US$88 setong dengan baki 50 peratus memanfaatkan paras US$60-65 setong sekarang ini.


Firma penyelidikan itu juga berkata kos pampasan untuk mangsa dan mencari pesawat tidak mungkin memberi kesan secara material kepada pendapatan AirAsia kerana ia dilindungi sepenuhnya oleh insurans.

“Kami meningkatkan saranan terhadap AirAsia Bhd kepada ‘beli’ daripada ‘jual’ dengan harga sasaran baharu RM3.30 berbanding RM2.64 sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori