Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Calon Kembar SPM Ulang...

MELAKA - Calon kembar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun...

“Dompet Kita Tak Sebesar...

PUTRAJAYA - Kedudukan kewangan Malaysia tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu...

Tipu Caruman KWSP: Gabungan...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pemandu Lori hari ini mengesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Bantahan Uber Lumpuh Pengangkutan...

MOMBASA - Lebih 300 pemandu teksi Uber di Kenya, Mombasa mengadakan bantahan susulan...

Ajaran Millah Abraham: 3 Tertuduh Tukar Pengakuan

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha bengkel dan sepasang suami isteri hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap pertuduhan mengembangkan ajaran agama dikenali sebagai Millah Ibrahim@Abraham.

Mohamad Harizal Kamarudin, 37, dan isterinya, Nur Ridah Osman, 27, serta Kamarudin Annuar, 48, menukar pengakuan ketika kes disebut di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.

Pada 10 Dis lepas, mahkamah mensabitkan kesalahan ketiga-tiga mereka selepas menerima pengakuan bersalah mereka dan menetapkan hari ini untuk jatuh hukum.

Hakim Ibrahim turut bertanyakan sebab tertuduh menukar pengakuan sedangkan mahkamah telah mensabitkan dan tiada paksaan terhadap mereka untuk mengaku.

Peguam Zaini Zainol memberitahu mahkamah: “Kesemua anak guam saya tidak diberi nasihat yang lengkap oleh peguam terdahulu menyebabkan mereka keliru dengan akibat daripada pengakuan mereka.”

Beliau berkata kesemua anak guamnya itu juga tidak memahami akibat pengakuan mereka.

“Sehubungan itu, pihak kami memohon untuk memfailkan permohonan bagi menarik balik pengakuan kesemua tertuduh walaupun mahkamah telah mensabitkan kesalahan itu,” katanya, dan menambah, ini demi keadilan ketiga-tiga anak guamnya.

Hakim Ibrahim kemudian mengarahkan pembelaan memfailkan hujahan berhubung permohonan tertuduh untuk menarik balik pengakuan mereka dan menetapkan 29 Jan untuk keputusan.

Mengikut pertuduhan, Kamarudin didakwa mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim@Abraham di premis perniagaan, tingkat 2, B-2-3, Blok B, Jalan 2/142A, Megan Phoenix, Jalan Cheras di sini antara 9 hingga 9.25 malam, 20 Okt lepas.


Sementara itu, pasangan suami isteri Mohamad Harizal dan Nur Ridah didakwa bersubahat mengambil bahagian dalam majlis mengembangkan kepercayaan itu di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan terhadap Kamarudin dibuat mengikut Seksyen 5, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan terhadap Mohamad Harizal dan Nur Ridah pula dibuat mengikut Seksyen 43(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman sama.

Sementara itu, Zaini yang turut mewakili lima tertuduh lain yang menghadapi pertuduhan sama, memohon untuk mengemukakan bantahan awal bagi membatalkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

Tertuduh iaitu Johan Haruna, 41, Mahamad Azhari Tajuddin, 44, Liliwati Eden, 37, Kamalia Mohamed Taib, 43, dan Anuar Zainal, 48, mendakwa pertuduhan terhadap mereka adalah cacat kerana tidak menyatakan dengan spesifik mengenai ajaran yang dikatakan salah.

Mahkamah menetapkan 12 Feb ini untuk keputusan bantahan awal itu.

Selain itu, enam lagi tertuduh yang didakwa terhadap pertuduhan sama iaitu Zakaria Mat Kasa, 46, Mohd Arif Abd Aziz, 34, Abdul Azim Abdullah, 30, Heffy Syamsuar, 33, Amirul Hafiz Mohd Samad, 25, dan Aizul Farikh Zainal Abidin, 40, yang masih gagal hadir dilanjutkan waran tangkap terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainor Rashid Hassin manakala keenam-enam tertuduh diwakili peguam syarie, Siti Maisarah Mohd Hassan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori