ADUHAI, tergelak besar kami tatkala melihat screenshot komen seorang netizen yang keliru apabila kumpulan Mojo dan Caliph Buskers muncul bersama pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), semalam.
Nampak sangat selama ini dia langsung tidak mengambil tahu perihal kumpulan Mojo sehingga dikatanya mereka golongan kurang upaya.
Senang cerita, menulis main sembur saja…
Apapun, ternyata percaturan komposer dan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim untuk berkolaborasi bersama-sama  Caliph Buskers cukup menjadi!
(BACA: AJL29: Edry Ganding Mojo Dengan Buskers Cacat Penglihatan)
Siapa sangka di sebalik kekurangan dari segi penglihatan, vokalisnya Azmi Saat mempunyai lontaran vokal yang begitu padu.
Seakan tidak percaya dengan apa yang didengar, penonton di Stadium Putra Bukit Jalil turut berdiri dan bersorak sebagai tanda sokongan kepada persembahan lagu Romancinta yang sebelum ini dinyanyikan oleh Aweera.
Lebih manis, kolaborasi itu mencatat sejarah tersendiri apabila mereka diumumkan memenangi kategori Persembahan Terbaik sekaligus berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Sebelum ini, tiada siapa sangka buskers yang kerap membuat persembahan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman itu akan menggegarkan pentas yang cukup berprestij malam tadi.
Benar kata orang, rezeki adakalanya hadir dengan cara yang tak disangka-sangka.
//
Apa yang pasti, Edry sudah boleh tersenyum lebar selepas kontroversi hebat yang melanda kumpulan Mojo sebelum ini. -MYNEWSHUB.CC
//
Oleh: ELZA
Ajl 29 akan dikenang dlm sejarah Ajl..kejutan Caliph Buskers& Mojo timbulkan fenomena dn benchmarks baru..penemuan kumpulan muzik oku terbaik dlm abad ini..munkinkah munculnya lebih banyak baskers hebat lepas ini?..sama2 lah kita tunggu !
persembahan yg best dri mojo feat caliph busker.pnyanyi aslnya nk dikenali sbg aweera dn bkn mojo.dulu aku bersabar je dgn hasrat dia wlaupn dia tk de apa2 dgn mojo